Sunday, December 12, 2010

24 Ciri-Ciri Orang Yang Mencintai Kamu Secara Diam-Diam

Dalam kehidupan, kamu tidak sedar apa yang dilakukan oleh seseorang terhadap diri kamu merupakan satu petanda yang dia mencintai kamu. Dia tidak ingin kamu tahu secara terus daripada mulut dia tetapi dia menunjukkannya melalui perbuatan. Berikut merupakan 24 ciri-ciri yang dilakukan oleh seseorang yang menunjukkan bahawa dia mencintai kamu.

1.Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

2.Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.

3.Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.

4.Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

5.Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘selamat pagi’, ‘selamat hari minggu’, ‘selamat tidur’, ‘take care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

6.Jika kamu menyambut hari jadi dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

7.Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang selalu.

8.Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. Kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? Pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

9.Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu – kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.

10.Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu – kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.

11.Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.

12.Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.

13.Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

14.Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

15.Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu dan jauh.

16.Dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh dimata, dekat dihati?’

17.Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

18.Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

19.Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

20.Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dengan sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia! Bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. Dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.

21.Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.

22.Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.

23.Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain, dia sentiasa menunggu kamu.

24.Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. Saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

“Pernah adakah orang yang berbuat seperti di atas kepada kamu? Jika ada, jangan pernah mensia-siakan orang tersebut… Kamu akan menyesal melakukannya!”

Monday, June 14, 2010

Gelang Nama Yang Cantik


Aku dan ayah berjalan-jalan sebelum persembahan di Colmar Tropicale bermula. Kami lalu sambil menjeling ke arah kedai di sebelah kiri kami. Rupa-rupanya ia kedai gelang. Penjualnya berasal dari Kemboja dan telah menetap di Malaysia selama 3 tahun 1 bulan. Kita boleh memilih huruf mengikut nama kita. Satu huruf bernilai RM 4 manakala tali untuk masukkan huruf itu ada yang bernilai RM 10 dan ada juga yang berharga RM 20. Aku tengok-tengok dahulu.
Selepas itu, aku berlari ke arah emak. Aku beritahu emak tentang hasrat aku bahawa aku ingin membuat gelang. Emak setuju. Aku dan emak berjalan menuju ke arah kedai tadi. Ayah menunggu kami di situ. Aku memilih tali yang bernilai RM 20 dan memilih huruf untuk diletakkan di tali.
Aku ada dua nama. Tetapi aku lebih gemar guna nama aku yang kedua iaitu 'ADLINA'. Aku guna nama Adlina untuk diletakkan di tali yang telah aku pilih sebentar tadi. "confirm ni??" tanya emak. "confirmlah," jawab aku.
Emak tanya penjual itu berapa harga gelang aku ni. Ternyata gelang aku ni tidak murah. Gelang aku berharga RM 52. Mujur penjual memberi emak discount 2 ringgit. Jadi, kesemuanya ialah RM 50.

Miza dan Hana juga tidak melepaskan peluang untuk membuat gelang nama. Gelang Miza dan Hana masing-masing bernilai RM 34. Mereka memilih tali yang berharga RM 10.

Aku janji dengan diri aku sendiri untuk jaga gelang ini betul-betul kerana bukannya murah. Aku berpuas hati dengan gelang aku yang baru.











Arnab Yang Comel Di Rabbit Park

Rabbit Park merupakan salah satu tarikan pelancong di Bukit Tinggi. Sebelum pulang ke Kuala Lumpur, kami sempat singgah di Rabbit Park. Harga tiket untuk sekali masuk ialah RM 3 tidak kira dewasa ataupun kanak-kanak manakala kanak-kanak dibawah umur 2 tahun tidak dikenakan bayaran. Harga sepeket makanan arnab ialah RM 1.50. Harga tiket untuk menunggang kuda pula RM 6. Hanya kanak-kanak sahaja yang dibenarkan untuk menunggang kuda. Ada dua ekor kuda untuk ditunggang. Seekor namanya ialah Niver manakala seekor lagi bernama Simon.

Aku mengaku bahawa aku memang takut dan geli dengan binatang. Tiba-tiba hari ini ayah menyuruh aku untuk memberi arnab makan. Dahlah makanan arnab itu harus letak atas tangan dan jika makanan jatuh diatas tanah, arnab tidak akan makan makanan itu. Cerewet sungguh binatang yang bernama arnab ini.

Dalam hati aku terdetik, " Dahlah aku takut dengan binatang, ayah pula suruh aku beri arnab makan, aduhh, susah betul lah,". Tiba-tiba sepupu aku, Farhana datang dan terus memberi arnab makan tanpa geli dan takut. Ayah menyindir aku kerana sepupu aku yang baru berumur 6 tahun itupun berani memberi arnab makan tetapi aku tidak berani.
Setelah beberapa minit melihat Farhana memberi arnab makan tanpa geli, aku pun memberanikan diriku untuk memberi arnab makan. Akhirnya, aku berjaya juga memberi arnab makan. Tidak disangka, Miza dan Alim juga takut untuk memberi arnab makan padahal mereka yang suruh emak beli makanan arnab.
Setelah memberi arnab makan, aku pun membeli tiket untuk menunggang kuda. Menunggang kuda pun kena tunggu giliran. Apabila tiba giliran aku, aku pun naik atas kuda. Kuda yang bernama Niver membawa aku mengelilingi padang.

Kira-kira jam 4 petang, kami pun keluar dari Rabbit Park dan meneruskan perjalanan. Kami singgah di Petronas, Janda Baik untuk mengisi minyak. Kami akhirnya tiba di Kuala Lumpur pada jam 5:30 petang. Perjalanan ini memakan masa selama 1 jam setengah.

Aku berasa sangat gembira dan berpuas hati dengan percutian kali ini. Aku fikir cuti semester kali ini akan menjadi satu cuti yang bosan tetapi tidak selepas emak diberi cuti.



















Sunday, June 13, 2010

Bersantai Di Colmar Tropicale & Japanese Village



Colmar Tropicale merupakan salah satu tarikan di Bukit Tinggi, Pahang. Aku difahamkan bahawa Colmar Tropicale merupakan sebuah bandar di Perancis. Keistimewaan di sini ialah dari segi reka bentuk bangunannya.

Pada keesokan harinya, kami singgah di Colmar Tropicale dan Japanese Village. Kami menaiki kereta semasa menuju ke Colmar Tropicale tetapi kami menaiki train yang disediakan khas untuk membawa kami menaiki bukit sejauh 300 meter untuk sampai di Japanese Village.

Aku hanya membeli cenderamata di Colmar Tropicale. Aku membeli cenderamata yang ada gambar bangunan Colmar Tropicale.
Suasana di Colmar Tropicale sememangnya seperti di Perancis manakala suasana di Japanese Village tidak terasa seperti di Jepun sangat. Di Japanese Village, kita boleh memberi ikan makan. Harga sepeket makanan ikan ialah RM 1.00.

Aku berasa sangat gembira kerana dapat melawat ke tempat-tempat yang belum pernah dilawati.















Saturday, June 12, 2010

Berseronok Di Meranti Park Suites, Pahang


Sebelum tiba di Meranti Park, kami singgah di Restoran Jejantas untuk mengisi perut yang sudah berbunyi. Setelah selesai menjamu selera, kami meneruskan perjalanan dengan lancar. Kami tiba di Meranti Park pada jam 6:00 petang.

Dari luar, Meranti Park Suites ini memang kelihatan kotor dan buruk tetapi dalamnya boleh dikatakan lengkap dengan peralatan memasak dan lain-lain. Kami bercadang ingin bermain boling pada malam itu, tetapi oleh kerana kedua-dua driver telah penat, kami hanya duduk di apartment.
Tempat-tempat seperti ini memang sesuai untuk seisi keluarga yang ingin berehat dan tenangkan fikiran.

Aku berasa seronok kerana dapat menghabiskan masa dengan melakukan perkara yang berfaedah seperti bercuti...











Bercuti Di Felda Residance Hot Springs, Perak

Perak Darul Ridzuan merupakan salah satu negeri di Malaysia yang menjadi tarikan pelancong. Kami yang menetap di Malaysia juga tertarik dengan tempat-tempat pelancongan yang menarik di Perak, apatah lagi orang luar yang tidak menetap di Malaysia.

Pada awalnya, emak tidak dapat cuti kerana terpaksa uruskan Sukan Malaysia ke-13. Tetapi alhamdulillah, pada saat-saat akhir emak dapat cuti. Kami bertolak dari Melaka pada jam 12 malam dan hendak menuju ke Kuala Lumpur. Kami sampai di rumah busu pada pukul 2:30 pagi. Kami bertolak ke Kuala Lumpur kerana bercadang ingin bercuti bersama keluarga busu.

Pada keesokan harinya. awal-awal pagi lagi aku dah bangun sebab ayah kata nak bertolak jam 10 pagi, tetapi rupa-rupanya kami bertolak pada jam 12 petang. Rasa seperti tidak berbaloi sahaja bangun awal pagi. Setelah dua jam perjalanan, kami akhirnya sampai di destinasi. Kami sampai di Felda Residance pada jam 2 petang. Busu pergi ke kaunter untuk ambil kunci bilik. Busu tempah dua bilik yang bersambung. Felda Residance boleh dikatakan sebuah hotel yang serba ada. Biliknya yang selesa memang sesuai untuk seisi keluarga yang hendak tenangkan fikiran. Di sana ada Spa Treatment, Kolam Air Gunung Panas dan Sejuk dan banyak lagi.

Kira-kira jam 4:30 petang, kami pun bersiap-siap untul bermandi-manda di kolam air gunung panas dan sejuk. Setelah hampir 3 jam bermandi-manda, kami pun naik ke bilik. Pihak hotel ada menyediakan makan malam di hotel. Setelah bersiap-siap, kami sekeluarga dan keluarga busu pun keluar untuk pergi menjamu makanan yang disediakan oleh pihak hotel di cafe. Kami pulang ke bilik pada jam 9 malam. Pada keesokan hari, selepas minum pagi juga di cafe, kami pun balik ke bilik dan bersiap untuk bermandi-manda sekali lagi di tempat yang sama. Setiap hotel semuanya sama, check-in pada pukul 2 petang manakala check-out pada pukul 12 tengahari. Tetapi kami terlalu seronok bermandi-manda sehinggakan tidak mahu naik ke bilik sehingga terlepas waktu check-out. Kami check-out pada jam 1 petang. Mujurlah tidak dikenakan bayaran.

Selepas itu, kami pun bertolak menuju ke Bukit Tinggi, Pahang.


















My Playlist