Monday, November 28, 2011

Love u forever ! ♥


Ni Ain, cerita pasal awak. Awak dah tulis pasal kite kan ? Thanxx yepp ! Kelakar la cerita awak. Nah ! Kite balas balik. 3 perenggan je. Kite takkan tulis lebihlebih. Jangan lupe baca tau. :)

Cute tak budak dalam gambar tuh ? :D Bukan yg Ifa tu, yg Ain tu. Yg Ifa tu dah pasti lawa and cute kan ? Haha, sorry terperasan pulak. :) Mehh aku explain sikit pasal dia. Nama penuh dia Nur Farah Ain bt Mohammad Fauzi. Birthday dia 10 Ogos 1999. Dia ada 3 org adik beradik. Dia bongsu, sebab tula dia ni manja. Ibu dia guru, ayah dia kerja kat Pusat Zakat Melaka. Apa lg ekk ? Dahla, takyah lebihlebih. ^^

Dia ni sensitif sangat, sama macam adik angkat dia. Kalau tersalah cakap sikit dah merajuk. Then, kalau nak pujuk tu bukannya senang. Kena guna ayat bungabunga barulah hati dia terubat. Aku tau sebenarnya dia nak test kitorang ni pandai tulis karangan ataupon tak sebab kalau nak tulis karangan kena guna ayat bungabunga barulah dpt markah lebih. Betul tak Ain ? Haha. :)

Dia nih friendly kalau korang buat baik dengan dia, dia pun akan buat baik ngan korang :D Kalau buat sebaliknya. Tak tau nak cakap. Macam macam. Haha. Of course lah kejahatan kan? Haha. So. Korang jgn lah buat jahat dengan dia buruk padahnye nanti. Jadilah kawan yang mulia. Haha. Sebut pasal mulia, terase pulak aku :'> Al maklumlah. Aku lah kawan dia yg mulia tuhh. Haha. Perasan.

Dah siap. 3 perenggan je kan awak mintak. Ni, da siap tulis. Lepas baca tu jangan lupa comment pulak ye. Tengok gambargambar kat bawah ni tau. :)




Aidil & Zaquan Pindah ?

Betul ke Aidil & Zaquan pindah ? Kenape diorang nak pindah ? Negeri Sembilan kan tempat diorang lahir, tempat diorang besar. Tak boley ke berbakti sikit kat tempat diorang lahir ? Musim 2012 Negeri Sembilan tak kuat ! Hairuddin pindah, Aidil pindah, Zaquan pindah, semua nak pindah ! 11 pemain Negeri Sembilan Pindah, Negeri Sembilan nak pakai pemain apa ?! Nak pindah sangat kan ? Pindahlah ! Lepasni korang akan tengok team Negeri Sembilan hancur binasa ! Tula, Negeri Sembilan pon bodoh jugak. Amik banyakbanyak player import, pemain tempatan yang powerpower dah pindah pergi team lain. Tu yang korang nak kan ? Hah ?! Aku nak tengok berapa power pemain import kau tu ? Tak fikir dulu ke sebelum nak amik pemain import ? Jangan sampai team Negeri Sembilan dah hancur baru nak amik player tempatan yang powerpower tu. Okla, sampai sini jela. lagi aku tulis, lagi panas hati aku !

Monday, October 31, 2011

Hobin Jang Hobin !


Piala Malaysia Milik Negeri Sembilan !




Tahniah buat Skuad Rusa yang telah berjuang habis-habisan untuk memenangi Piala Malaysia. Inilah akibat Skuad Penyu apabila terlalu yakin bahawa mereka mampu untuk menjadi johan Piala Malaysia. Tahniah Negeri Sembilan. Hobin Jang Hobin !




Barisan Pemain Skuad Rusa



Hobin Jang Hobin ! Musuhnya Habis Binasa !

Barisan Pemain Hobin Jang Hobin Meraikan Kemenangan Mereka

Penyokong Setia Negeri Sembilan


Pemain-pemain Negeri Sembilan Yang Power :



Kapten Negeri Sembilan, Mohd Shukor Adan


Pemain Sayap Negeri Sembilan, Shahurain Abu Samah

Penyerang Negeri Sembilan, Hairuddin Omar

Pemain Pertahanan Negeri Sembilan, Norhafiz Zamani Misbah

Pemain Sayap Negeri Sembilan, S. Kunanlan


Pemain Pertahanan Negeri Sembilan, Mohd Aidil Zafuan Abd. Razak


Penyerang Negeri Sembilan, Mohd Zaquan Adha Abd. Razak


Tahniah NS ! Hobin Jang Hobin !

Wednesday, October 26, 2011

Friends Forever





Sometimes in life,

you find a special friend;

Someone who changes your life

just by being part of it.

Someone who makes you laugh

until you can't stop;

Someone who makes you believe

that there is really good in the world.

Someone who convinces you

that there is really an unlocked door

just waiting for you to open it.



This is Forever Friendship.

When you're down,

and the world seems dark and empty,

your forever friend lifts you up in spirit

and make that dark and empty world

suddenly seem bright and full.

Your forever friend gets you through

the hard times, the sad times,

and the confused times.

Your forever friend hold your hands

and tells you that

everything is going to be okay.


THIS IS REAL BEST FRIENDS =>










Thursday, June 9, 2011

Berjalan-jalan, Tengok Wayang, Main Boling di Dataran Pahlawan, Mahkota Parade dan Melaka Mall

Hari ni aku pergi jalan-jalan, tengok wayang dan main boling. Best sangat sangat. Mula-mula pagi tu aku, abang aku dan sepupu aku ( Eimran ) jalan kaki pergi stesen bas untuk menaiki bas. Kami bercadang nak pergi Mahkota Parade. Dalam perjalanan ke stesen bas, tiba-tiba ada satu teksi berhenti di sebelah kami. Pakcik tu tanya nak pergi mana, abang jawab nak pergi mahkota parade. Kebetulan anak pakcik tu pun nak pergi ke tempat yang sama. Pakcik tu cakap, 'Naik la. Seorang dua ringgit cukup la.' Kami pun naik. Sampai sahaja di Mahkota Parade, pakcik tu tanye, 'Ada duit tak? kalau takde free je.' . Abang jawab ada. Lepastu kami jalan-jalan dan main boling. Aku jalan-jalan di Mahkota Parade dan Dataran Pahlawan daripada pukul 10 pagi - 1.30 petang je. Abang dan Eimran sampai pukul 5.45 petang. Mak ambil aku di Dataran Pahlawan pukul 1.30 dan terus menuju ke Melaka Mall kerana janji dengan kawan nak tengok wayang. Dalam internet tulis pukul 2.00. So, mak bawak laju untuk sampai tepat pada masa. Tetapi, apabila sampai, wayang sebenarnya pukul 3.00. So, kitorang jalan-jalan dulu. Bila pukul 3.00, kitorang pergi MBO untuk menonton cerita Kungfu Panda 2. Best sangat. Hari ni memang best ! Sory ye post kali ni takde gambar sebab tak terfikir pulak nak amik gambar. ;)

Tuesday, June 7, 2011

Happy Birthday Ayah !

Aku sekeluarga pergi ke Medan Ikan Bakar Alai untuk meraikan hari lahir ayah aku yang ke-47. 22 May, tak sempat nak raikan. Tetapi tidak ada kek sebab tak sempat nak beli. Malam tu, aku ada tuisyen. Jadi, kami terpaksa keluar makan selepas aku habis tuisyen.

Ayah menghantar emak ke Medan Ikan Bakar setengah jam sebelum kelas tuisyen aku habis supaya emak boleh memesan makanan lebih awal untuk menjimatkan masa. Apabila aku tiba. Lagipun, pada musim cuti sekolah ni, semua tempat dipenuhi dengan pengunjung. Jadi, siapa cepat dia dapat.

Sebelum aku tiba, emak telah memesan beberapa jenis makanan. Antaranya termasuklah sotong goreng tepung, ikan pari bakar, kupang sambal dan ikan bakar. Setibanya aku di sana, makanan telah terhidang di atas meja. Emak dan abang pula telah menunggu aku. Alim dan Miza pula ikut ayah menjemput aku dari tempat tuisyen.

Kami makan dengan sungguh berselera. Semua makanan yang terhidang di atas meja sunggu enak. Ooppss, terlupa pulak nak cerita tentang minuman. Abang memesan Ice Blended Anggur, emak pula memesan air Sirap satu jug dan air Oren satu jug untuk kami sekeluarga.

Kami menikmati makanan di Medan Ikan Bakar itu selama 1 jam. Dalam pukul 11 malam, kami bertolak pulang ke rumah. Rumah kami dekat dengan Medan Ikan Bakar Itu. Aku cuma nak ucapkan Selamat Hari Lahir kepada ayah yang tercinta..
U ARE THE BEST DAD IN THIS WORLD, Azman Hj. Ayup !




Ikan Pari Bakar

Udang Goreng


Ketam Goreng

Sotong Goreng Tepung


Kupang Sambal



Hai..





Ikan Bakar

Ice Blended Anggur


Otak-otak Ikan











Lame Sungguh Tak Meng'update' Blog

Hai, lame sungguh rasenye tak bukak blog ni. Banyak perkara nak cerita ni tapi nanti la, sekarang ni tak ade mood la. Blog ni pun dah lama terbiar seperti nama blog Kak Nuraini, lalangcantekterbiar.blogspot.com. Apabila dah lame tak bukak blog ni, tiba-tiba je rase macam dah malas je nak update blog ni. Bukannye taknak update blog tapi sebenarnya tak cukup mase atau takde mase nak bukak blog dan update blog. Yang sempat buat cuma bukak Facebook je.. Bila cuti je free sediket dan sempat jugak nak update sediket blog ni. Mungkin akan ada cerita lain selepas ini. Nantikan ye !

Sunday, December 12, 2010

24 Ciri-Ciri Orang Yang Mencintai Kamu Secara Diam-Diam

Dalam kehidupan, kamu tidak sedar apa yang dilakukan oleh seseorang terhadap diri kamu merupakan satu petanda yang dia mencintai kamu. Dia tidak ingin kamu tahu secara terus daripada mulut dia tetapi dia menunjukkannya melalui perbuatan. Berikut merupakan 24 ciri-ciri yang dilakukan oleh seseorang yang menunjukkan bahawa dia mencintai kamu.

1.Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

2.Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.

3.Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.

4.Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

5.Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘selamat pagi’, ‘selamat hari minggu’, ‘selamat tidur’, ‘take care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

6.Jika kamu menyambut hari jadi dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

7.Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang selalu.

8.Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. Kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? Pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

9.Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu – kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.

10.Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu – kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.

11.Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.

12.Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.

13.Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

14.Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

15.Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu dan jauh.

16.Dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh dimata, dekat dihati?’

17.Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

18.Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

19.Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

20.Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dengan sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia! Bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. Dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.

21.Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.

22.Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.

23.Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain, dia sentiasa menunggu kamu.

24.Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. Saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

“Pernah adakah orang yang berbuat seperti di atas kepada kamu? Jika ada, jangan pernah mensia-siakan orang tersebut… Kamu akan menyesal melakukannya!”

Monday, June 14, 2010

Gelang Nama Yang Cantik


Aku dan ayah berjalan-jalan sebelum persembahan di Colmar Tropicale bermula. Kami lalu sambil menjeling ke arah kedai di sebelah kiri kami. Rupa-rupanya ia kedai gelang. Penjualnya berasal dari Kemboja dan telah menetap di Malaysia selama 3 tahun 1 bulan. Kita boleh memilih huruf mengikut nama kita. Satu huruf bernilai RM 4 manakala tali untuk masukkan huruf itu ada yang bernilai RM 10 dan ada juga yang berharga RM 20. Aku tengok-tengok dahulu.
Selepas itu, aku berlari ke arah emak. Aku beritahu emak tentang hasrat aku bahawa aku ingin membuat gelang. Emak setuju. Aku dan emak berjalan menuju ke arah kedai tadi. Ayah menunggu kami di situ. Aku memilih tali yang bernilai RM 20 dan memilih huruf untuk diletakkan di tali.
Aku ada dua nama. Tetapi aku lebih gemar guna nama aku yang kedua iaitu 'ADLINA'. Aku guna nama Adlina untuk diletakkan di tali yang telah aku pilih sebentar tadi. "confirm ni??" tanya emak. "confirmlah," jawab aku.
Emak tanya penjual itu berapa harga gelang aku ni. Ternyata gelang aku ni tidak murah. Gelang aku berharga RM 52. Mujur penjual memberi emak discount 2 ringgit. Jadi, kesemuanya ialah RM 50.

Miza dan Hana juga tidak melepaskan peluang untuk membuat gelang nama. Gelang Miza dan Hana masing-masing bernilai RM 34. Mereka memilih tali yang berharga RM 10.

Aku janji dengan diri aku sendiri untuk jaga gelang ini betul-betul kerana bukannya murah. Aku berpuas hati dengan gelang aku yang baru.











Arnab Yang Comel Di Rabbit Park

Rabbit Park merupakan salah satu tarikan pelancong di Bukit Tinggi. Sebelum pulang ke Kuala Lumpur, kami sempat singgah di Rabbit Park. Harga tiket untuk sekali masuk ialah RM 3 tidak kira dewasa ataupun kanak-kanak manakala kanak-kanak dibawah umur 2 tahun tidak dikenakan bayaran. Harga sepeket makanan arnab ialah RM 1.50. Harga tiket untuk menunggang kuda pula RM 6. Hanya kanak-kanak sahaja yang dibenarkan untuk menunggang kuda. Ada dua ekor kuda untuk ditunggang. Seekor namanya ialah Niver manakala seekor lagi bernama Simon.

Aku mengaku bahawa aku memang takut dan geli dengan binatang. Tiba-tiba hari ini ayah menyuruh aku untuk memberi arnab makan. Dahlah makanan arnab itu harus letak atas tangan dan jika makanan jatuh diatas tanah, arnab tidak akan makan makanan itu. Cerewet sungguh binatang yang bernama arnab ini.

Dalam hati aku terdetik, " Dahlah aku takut dengan binatang, ayah pula suruh aku beri arnab makan, aduhh, susah betul lah,". Tiba-tiba sepupu aku, Farhana datang dan terus memberi arnab makan tanpa geli dan takut. Ayah menyindir aku kerana sepupu aku yang baru berumur 6 tahun itupun berani memberi arnab makan tetapi aku tidak berani.
Setelah beberapa minit melihat Farhana memberi arnab makan tanpa geli, aku pun memberanikan diriku untuk memberi arnab makan. Akhirnya, aku berjaya juga memberi arnab makan. Tidak disangka, Miza dan Alim juga takut untuk memberi arnab makan padahal mereka yang suruh emak beli makanan arnab.
Setelah memberi arnab makan, aku pun membeli tiket untuk menunggang kuda. Menunggang kuda pun kena tunggu giliran. Apabila tiba giliran aku, aku pun naik atas kuda. Kuda yang bernama Niver membawa aku mengelilingi padang.

Kira-kira jam 4 petang, kami pun keluar dari Rabbit Park dan meneruskan perjalanan. Kami singgah di Petronas, Janda Baik untuk mengisi minyak. Kami akhirnya tiba di Kuala Lumpur pada jam 5:30 petang. Perjalanan ini memakan masa selama 1 jam setengah.

Aku berasa sangat gembira dan berpuas hati dengan percutian kali ini. Aku fikir cuti semester kali ini akan menjadi satu cuti yang bosan tetapi tidak selepas emak diberi cuti.



















My Playlist