Perak Darul Ridzuan merupakan salah satu negeri di Malaysia yang menjadi tarikan pelancong. Kami yang menetap di Malaysia juga tertarik dengan tempat-tempat pelancongan yang menarik di Perak, apatah lagi orang luar yang tidak menetap di Malaysia.
^_^ Welcome To My Blog ^_^
Perak Darul Ridzuan merupakan salah satu negeri di Malaysia yang menjadi tarikan pelancong. Kami yang menetap di Malaysia juga tertarik dengan tempat-tempat pelancongan yang menarik di Perak, apatah lagi orang luar yang tidak menetap di Malaysia.
Klinik UPSR Fasa 2 anjuran Berita Harian/Didik bagi Negeri Melaka telah diadakan di Universiti Teknikal Malaysia, Melaka (UTeM). Kali ini, ayah telah mendaftarkan aku untuk menyertai Klinik UPSR ini. Walaupun umur aku bukan 12 tahun dan masih tidak layak untuk menduduki UPSR pada tahun ini, tetapi ayah mahu aku faham bagaimana teknik untuk menjawab soalan-soalan seperti soalan UPSR. Teknik menjawab soalan mahupun soalan UPSR ataupun soalan-soalan lain sebenarnya sama sahaja. Teknik-teknik yang diajar dalam klinik ini boleh digunakan untuk menjawab soalan peperiksaan.
Pada pertama kali aku menyertai klinik ini, aku berasa seperti terasing kerana langsung tiada kawan yang aku kenal di situ. Semuanya Darjah 6. Ayah kata " Lebih baik tiada kawan daripada ada kawan kerana jika ada kawan pasti kita tidak boleh fokus,". Jika aku fikirkan balik apa yang ayah cakap, kadangkala betul juga.
Pada hari pertama, subjek yang dibincangkan ialah Bahasa Malaysia dan Matematik manakala pada hari kedua Sains dan Bahasa Inggeris. Penceramah-penceramah yang dijemput untuk menyampaikan motivasi semuanya pakar dalam subjek yang dibincangkan. Aku berasa seronok sangat semasa mendengar teknik-teknik yang diajar.
Klinik UPSR memang bagus!! Penceramah yang bagus dan tempat yang selesa memang sesuai untuk belajar.
Yakin 5A
Menjana ilmu
Mendidik minda
Tekad usaha
Untuk berjaya
Semangat diri insan cemerlang
5A kami sasarkan
Kami yakin
Apa dijanji
Tunai harapan ibu dan ayah
Tiada halangan
Tiada persoalan
Matlamat 5A dalam genggaman
Umpama gunung akan didaki
Bagai lautan luas direnangi
Kami Superkids kata akan dikota
Kami yakin 5A UPSR
5A UPSR..DIDIK!
Pada 31/5/2010, aku teringin untuk merasa keenakan aiskrim Baskin Robbins. Seperti Biasa, pada setiap 31 haribulan, ramai pengunjung yang akan ke Baskin Robbins untuk mendapatkan diskaun sehingga 31%. Petang itu, aku mengingatkan ayah bahawa hari ini 31/5. Ayah sengaja buat-buat lupa. Emak sudah sampai di rumah Alai tetapi kami masih lagi di rumah nenek yang terletak di Peringgit.

2 comments