Monday, April 19, 2010

Pengalaman pertama bermain Ice-Skating


Setelah selamat sampai di Kuala Lumpur, kami pun rehatkan diri. Pada keesokan hari, kami bertolak menuju ke Sunway Piramid. Memang dah lama aku teringin ke tempat ini dan berhasrat untuk bermain Ice-Skating. Akhirnya, tercapai juga hasrat aku. Mula-mula aku memang excited sangat nak main permainan ni. Apabila dah masuk ke dalam tempat tu..... barulah aku tahu betapa susahnya nak main Ice-Skating. Tapi alhamdulillah aku dapat imbangkan badan, tetapi ini mungkin pengalaman yang sedih bagi abang aku kerana dia langsung tak dapat imbangkan badannya. Tangan abang aku memang tak lepas daripada dinding. Sudah puas aku ajak abang aku untuk lepaskan tangannya, tetapi dia tak berani mencuba. Aku dah beberapa pusingan tetapi abang aku baru satu pusingan. Bergembiralah dengan gambar yang aku sediakan.....











0 comments:

Post a Comment

My Playlist