Saturday, March 20, 2010

Menara Condong Di Teluk Intan


Destinasi seterusnya ialah Menara Condong di Teluk Intan. Selepas makan tengahari kami terus ke destinasi seterusnya, Menara Condong. Kami berada di sana selama beberapa minit. Memang nampak condongnya. Mengikut sejarah, bangunan ini memang tidak dirancang untuk dibuat sebagai menara yang condong. Sebenarnya bangunan ini dibuat di atas tanah yang lembut. So, bangunan ini senget sebelah. Sebelum bertolak pulang ke Kl, kami sekeluarga mengambil beberapa gambar sebagai kenangan.










Kellie Castle Yang Menyeramkan


Pada Hari Jumaat, kami sekeluarga menaiki kereta menuju ke Kellie Castle untuk melihat istana yang bersejarah itu. Mula-mula aku tiada perasaan takut atau gentar kerana aku fikir istana itu ialah istana biasa tetapi setelah ayahku berkata pada aku bahawa di dalam istana ini kita tidak boleh cakap sebarangan. Daripada 'statement' itu, aku tahu bahawa istana ini pasti mempunyai suatu kelainan atau mempunyai misteri. Perasaan aku berubah daripada biasa kepada takut dan gentar. Tambahan pula, di dalam istana itu ada tampal satu kertas yang yang menyatakan bahawa istana itu mempunyai 'Mysterious Corridor'. Perasaan aku semakin gentar. Di bahagian misteri inilah ramai orang melihat roh Kellie berkeliaran. Ish!!!!!!!!!!! Waktu itu tidak terbayang bagaimana gentarnya perasaan aku.

Seramnya......
















Friday, March 19, 2010

Bersantai Di Lost World Of Tambun


Pada Hari Rabu Yang Lalu, aku sekeluarga dr Melaka bertolak ke Perak dan bercadang ingin ke Lost World Of Tambun pada hari Khamis. Perancangan kami sekeluarga menjadi. Kami bertolak ke destinasi pada jam 10:30 pagi. Pada jam 11 pagi kami sampai ke destinasi. Aku sangat gembira kerana akhirnya sampai juga aku ke Lost World Of Tambun setelah beberapa tahun ingin ke tempat tersebut. Selain permainan air, permainan darat juga ada seperti Pirate Ship, Dragon Fly dan Jet Fly. Selain itu, Lost World Of Tambun juga mempunyai Funfair. Setiap kali ingin memain Funfair tersebut, kami harus membeli token.Akhirnya, kami mendapat dua Bear kerana dapat memasukkan ring ke dalam botol. Selepas hampir 6 jam setengah kami bermandi-manda, kami pun bercadang ingin pulang ke hotel.
Aku ada sediakan beberapa gambar untuk dilihat bersama........



Banyaknya bela itik......







Inilah antara cenderahati yg dijual di souveniur shop Lost World Of Tambun

rempit atas badak ke.....

Saturday, March 13, 2010

Majlis Perkahwinan Kak Suzana




















Hari ini,Hari Sabtu. Kira-kira jam 1 petang aku bertolak dari rumah dan ingin ke rumah Kak Suzana di Merlimau. Kira-kira jam 1:30 petang aku pun sampai di destinasi aku. Ayah aku memang sengaja pergi lambat ke majlis ini kerana ingin mengambil gambar pengantin untuk dimasukkan didalam blognya. Jam 2:30 petang kami sekeluarga pun bertolak pulang ke rumah.

















Bagai Pinang Dibelah Dua....


.





















Panas Sangat Ke Cuaca...





















Anak sapo la berselera sangat ni.......

My Playlist