Pada Hari Rabu Yang Lalu, aku sekeluarga dr Melaka bertolak ke Perak dan bercadang ingin ke Lost World Of Tambun pada hari Khamis. Perancangan kami sekeluarga menjadi. Kami bertolak ke destinasi pada jam 10:30 pagi. Pada jam 11 pagi kami sampai ke destinasi. Aku sangat gembira kerana akhirnya sampai juga aku ke Lost World Of Tambun setelah beberapa tahun ingin ke tempat tersebut. Selain permainan air, permainan darat juga ada seperti Pirate Ship, Dragon Fly dan Jet Fly. Selain itu, Lost World Of Tambun juga mempunyai Funfair. Setiap kali ingin memain Funfair tersebut, kami harus membeli token.Akhirnya, kami mendapat dua Bear kerana dapat memasukkan ring ke dalam botol. Selepas hampir 6 jam setengah kami bermandi-manda, kami pun bercadang ingin pulang ke hotel.
Aku ada sediakan beberapa gambar untuk dilihat bersama........
Banyaknya bela itik......
Inilah antara cenderahati yg dijual di souveniur shop Lost World Of Tambun
rempit atas badak ke.....