Destinasi seterusnya ialah Menara Condong di Teluk Intan. Selepas makan tengahari kami terus ke destinasi seterusnya, Menara Condong. Kami berada di sana selama beberapa minit. Memang nampak condongnya. Mengikut sejarah, bangunan ini memang tidak dirancang untuk dibuat sebagai menara yang condong. Sebenarnya bangunan ini dibuat di atas tanah yang lembut. So, bangunan ini senget sebelah. Sebelum bertolak pulang ke Kl, kami sekeluarga mengambil beberapa gambar sebagai kenangan.