Perak Darul Ridzuan merupakan salah satu negeri di Malaysia yang menjadi tarikan pelancong. Kami yang menetap di Malaysia juga tertarik dengan tempat-tempat pelancongan yang menarik di Perak, apatah lagi orang luar yang tidak menetap di Malaysia.
Pada awalnya, emak tidak dapat cuti kerana terpaksa uruskan Sukan Malaysia ke-13. Tetapi alhamdulillah, pada saat-saat akhir emak dapat cuti. Kami bertolak dari Melaka pada jam 12 malam dan hendak menuju ke Kuala Lumpur. Kami sampai di rumah busu pada pukul 2:30 pagi. Kami bertolak ke Kuala Lumpur kerana bercadang ingin bercuti bersama keluarga busu.
Pada keesokan harinya. awal-awal pagi lagi aku dah bangun sebab ayah kata nak bertolak jam 10 pagi, tetapi rupa-rupanya kami bertolak pada jam 12 petang. Rasa seperti tidak berbaloi sahaja bangun awal pagi. Setelah dua jam perjalanan, kami akhirnya sampai di destinasi. Kami sampai di Felda Residance pada jam 2 petang. Busu pergi ke kaunter untuk ambil kunci bilik. Busu tempah dua bilik yang bersambung. Felda Residance boleh dikatakan sebuah hotel yang serba ada. Biliknya yang selesa memang sesuai untuk seisi keluarga yang hendak tenangkan fikiran. Di sana ada Spa Treatment, Kolam Air Gunung Panas dan Sejuk dan banyak lagi.
Kira-kira jam 4:30 petang, kami pun bersiap-siap untul bermandi-manda di kolam air gunung panas dan sejuk. Setelah hampir 3 jam bermandi-manda, kami pun naik ke bilik. Pihak hotel ada menyediakan makan malam di hotel. Setelah bersiap-siap, kami sekeluarga dan keluarga busu pun keluar untuk pergi menjamu makanan yang disediakan oleh pihak hotel di cafe. Kami pulang ke bilik pada jam 9 malam. Pada keesokan hari, selepas minum pagi juga di cafe, kami pun balik ke bilik dan bersiap untuk bermandi-manda sekali lagi di tempat yang sama. Setiap hotel semuanya sama, check-in pada pukul 2 petang manakala check-out pada pukul 12 tengahari. Tetapi kami terlalu seronok bermandi-manda sehinggakan tidak mahu naik ke bilik sehingga terlepas waktu check-out. Kami check-out pada jam 1 petang. Mujurlah tidak dikenakan bayaran.
Selepas itu, kami pun bertolak menuju ke Bukit Tinggi, Pahang.