Pada 30/5/2010 (Sabtu) , ayah bercadang ingin membawa kami sekeluarga makan bersama di Yong Tau Foo, Pantai Puteri. Pukul 5:30 petang, ayah menjemput aku balik dari tuisyen, kami terus menuju ke Pantai Puteri.
Di sana kelihatan ramai orang. Ada yang mengambil angin dan bersiar-siar di tepi pantai dan ada juga yang ingin berkelah di tepi pantai. Kami sampai di Medan Selera Puteri Malam pada pukul 6:15 petang. Kami menjamu selera di kedai Mesraria Yong Tu Foo, iaitu kedai yang paling hujung diantara sederet kedai. Kedai ini memang populat dengan keenakan yong tau foonya.
Emak, Alim, Miza dan aku memang sukakan yong tau foo tetapi ayah dan abang tidak berapa sukakan yong tau foo. Ayah dan abang memesan Nasi Goreng Ayam. Kami semua juga sukakan otak-otak ikan kecuali ayah kerana ayah memang tidak sukakan ikan. Kami memesan air batu campur, air mata kucing dan milo ais.
Lebih kurang pukul 7.00 malam, kami pun selesai menjamu selera. Kami bersiar-siar dengan kereta ayah. Kami tengok pelabuhan minyak di Kg. Tanah Merah. Kemudian kami berpatah balik untuk pulang ke pusat bandar raya.
Malam itu, jalan punyalah sesak. Untuk pastikan kami tidak bosan, ayah memasang cerita Evolusi KL Drift yang banyak unsur suspens.
Akhirnya, kami tiba di rumah pada pukul 9:00 malam.