Pada 31/5/2010, aku teringin untuk merasa keenakan aiskrim Baskin Robbins. Seperti Biasa, pada setiap 31 haribulan, ramai pengunjung yang akan ke Baskin Robbins untuk mendapatkan diskaun sehingga 31%. Petang itu, aku mengingatkan ayah bahawa hari ini 31/5. Ayah sengaja buat-buat lupa. Emak sudah sampai di rumah Alai tetapi kami masih lagi di rumah nenek yang terletak di Peringgit.
Kami ke Jusco Bandaraya Melaka untuk membeli aiskrim Baskin Robbins. Sebaik sahaja tiba di gerai Baskin Robbins, ayah meminta aku untuk memilih perisa yang ingin dibeli. Aku pun bukannya tahu sangat tentang perisa aiskrim yang ada di Baskin Robbins. Berbagai perisa aiskrim yang ada di situ. Akhirnya kami memilih aiskrim yang berperisa World Classic Chocolate, Chocolate Chip dan Cotton Candy. Kami memilih bekas half-gallon untuk mengisi aiskrim yang telah kami pilih.
Setelah pilih, kami perlu mengambil nombor untuk memudahkan Baskin Robbins melayan pelanggan. Kami merupakan pelanggan yang ke-8 pada malam itu. Aku memilih tambahan dua scoop yang berperisa Coconut dan Vanila sebagai bekalan untuk dalam kereta nanti.
Harga kesemua aiskrim yang telah kami pilih boleh tahan juga mahalnya. Hmm... sesekali nak juga merasa aiskrim yang mahal dan berbagai perisa.....