Aku dan ayah berjalan-jalan sebelum persembahan di Colmar Tropicale bermula. Kami lalu sambil menjeling ke arah kedai di sebelah kiri kami. Rupa-rupanya ia kedai gelang. Penjualnya berasal dari Kemboja dan telah menetap di Malaysia selama 3 tahun 1 bulan. Kita boleh memilih huruf mengikut nama kita. Satu huruf bernilai RM 4 manakala tali untuk masukkan huruf itu ada yang bernilai RM 10 dan ada juga yang berharga RM 20. Aku tengok-tengok dahulu.
Selepas itu, aku berlari ke arah emak. Aku beritahu emak tentang hasrat aku bahawa aku ingin membuat gelang. Emak setuju. Aku dan emak berjalan menuju ke arah kedai tadi. Ayah menunggu kami di situ. Aku memilih tali yang bernilai RM 20 dan memilih huruf untuk diletakkan di tali.
Aku ada dua nama. Tetapi aku lebih gemar guna nama aku yang kedua iaitu 'ADLINA'. Aku guna nama Adlina untuk diletakkan di tali yang telah aku pilih sebentar tadi. "confirm ni??" tanya emak. "confirmlah," jawab aku.
Emak tanya penjual itu berapa harga gelang aku ni. Ternyata gelang aku ni tidak murah. Gelang aku berharga RM 52. Mujur penjual memberi emak discount 2 ringgit. Jadi, kesemuanya ialah RM 50.
Miza dan Hana juga tidak melepaskan peluang untuk membuat gelang nama. Gelang Miza dan Hana masing-masing bernilai RM 34. Mereka memilih tali yang berharga RM 10.
Aku janji dengan diri aku sendiri untuk jaga gelang ini betul-betul kerana bukannya murah. Aku berpuas hati dengan gelang aku yang baru.